dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Terima Kasih Atas Peluang Itu..

rasa macam mimpi pulak. yalah, mana taknya bila saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sekolah saya sendiri apabila seorang guru di sekolah saya tu cuti bersalin. kebetulan waktu tu, keputusa stpm telah diumumkan dan saya sedang menunggu tawaran masuk ke universiti. tak sangka pula ketika itu rezeki datang bergolek depan mata! sekurang-kurangnya tidaklah saya ni buang masa begitu sahaja.

rasa segan pun ada bila kaki saya ni melangkah masuk ke bilik guru. ketika itu, hanya allah sahaja yang tahu perasaan saya. gembira pun ada, namun bercampur baur dengan rasa malu, segan sehingga saya sendiri tidak tahu harus berbuat apa!

hari pertama mendaftarkan diri sebagai "cikgu" di sekolah, perasaan takut dan berdebar usah dikata. namun saya cuba beraksi tenang. walaupun jantung saya berdengup kencang. bukannya takut, tapi rasa segan! sebabnya saya sendiri tidak percaya yang saya akan mendapat peluang seperti itu!

semasa kaki di atur menuju ke bilik guru, seorang cikgu saya menegur saya...

"assalamualaikum ustazah....!!!"

dengar jea sapaan salam tu, saya tersenyum simpul.

"ustza nie...saya nak kenakan saya...." balas saya. ustaz nasir adalah ustaz yang mengajar subjek ulum al-quran dan ulum hadis tingkatan 6 atas. terus sahaja ustaz tergelak.

bila jea sampai ke bilik guru. semua guru-guru memandang ke arah saya! ya allah...rasa segan saya hanya allah sahaja yang tahu! semakin menebal perasaan segan dalamn diri saya.

sebab saya merasakan bahawa diri saya ini belum lagi layak untuk duduk sebilik dan semeja dengan guru-guru saya yang banyak ilmu dan pengetahuan mereka. namun alhamdulillah...dalam masa sehari sahaja saya dapat menyesuaikan diri saya dengan keadaan baru itu. saya dikira bernasib baik kerana ketika itu para pelajar sedang mneghadapi peperiksaan pertengahan tahun. jadi pengajaran di kelas belum lagi bermula cuma kena jaga pelajar dalam dewan peperiksaan.

sebaik sahaja tamat peperiksaan, saya ditugaskan untuk mengajar pelajar tingkatan dua bagi subjek fiqh. dalam hati terdetik seribu pertanyaan, mampu ke saya ni memikul tanggungjawab yang diberi? tambahan pula terpaksa mengajar subjek arab. namun berkat bantuan guru-guru, ahkirnya saya berjaya melakukan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan jayanya.

pada awalnya, memang rasa segan kerana adik-adik yang dulunya memanggil saya kakak kini berubah penggilan sebagai "ustazah"..kadang-kadang terasa janggal pula bila dipanggil sedemikian rupa...yalah, rasa macam bermimpi pula!

apa pun, sepanjang perkhidmatan saya itu, saya mula sedar bahawa betapa besarnya tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh seorang guru di dalam bilik darjah terutama semasa pengajarnan sedang berlaku! cikgu sebagai nakhoda kapal perlu bijak mengemudi kapalnya supaya tidak karam di lautan...

Apa pun...terima kasih di atas peluang yang diberikan itu,cikgu..!

hmmmmm...
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: