dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Saturday, January 30, 2010

Disiplin vs Akhlak

pejam celik pejam celik.sedar dah sedar rupanya dah nak habis tahun 3 saya belajar kat um ni. maksudnya lagi setahun la dah nak habis.ermmm...

dulu masa mula-mula masuk ke ukm ni,selalu jea saya terfikir, bila la nak habis belajar kat sini?tak sabar rasanya nak "lompat pagar" keluar dari ukm.x sabar rasanya nak meninggalkan bilik saya kat ZB nie. seksa jiwa rasanya!!! bila nak habisss....!!???

sekarang..???bila sesekali persoalan itu menerjah fikiran, hati saya kadang-kala diterpa kepiluan!sedih...entahlah!mungkin selepas ini, kami semua akan membawa haluan hidup masing-masing. kalau panjang umur, ada rezeki, dapatlah kami berjumpa semula...kalau tidak, alamatnya cukuplah setakat habis grad..!!! sedihkan...???

xpelah..itu cerita lain...

tadi terbaca berita dalam akhbar utusan tentang perihal sorang pelajar perempuan tingkatan 2 yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelakinya. akibatnya, pelajar perempuan itu "dirosakkan" teman lelakinya. kononnya atas dasar "cinta"..........astgaghfirullahal a'zim.!!!!

lantas fikiran saya melayang kepada adik-adik saya yang masih lagi belajar di sekolah menengah!betapa besarnya cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang masih lagi belajar itu. tersilap ikut jalan, sampai ke "lorong hitam" lah jawabnya...

seringkali saya berpesan pada keluarga saya supaya bertindak bagaikan "cctv" terhadap mereka 24 jam! maksudnya, pengawasan ibu bapa dan seluruh ahli keluarga amat penting supaya anak-anak sentiasa di dalam pemerhatian dan jagaan. ini akan menyebabkan mereka rasa bahawa diri mereka sentiasa diambil berat, jadi tak akan timbul rasa tersisih atau kurang kasih sayang dari keluarga...

bila tanya perihal adik-adik saya...mak saya selalu cakap:
"demo nih ok-ok jah..xdok gapo ehhh...xsoh dok bimbe ko gapo la..abe ado jo tengok diore"

ermmm...lega hati saya! mungkin saya bernasib baik. x perlu risau sangat pasal adik-adik saya kat sekolah tu. maklumlah mereka semua tu pengawas di sekolah! adik saya yang bongsu...tingkatan dua pun turut dilantik jadi pengawas. yang kedua bongsu di tingkatan 5 pun pengawas jugak dan yang ketiga bongsu tingkatan 6 atas dilantik sebagai timbalan ketua pengawas...! alhamdulillah, kiranya berkurang sedikit la rasa bimbang sebab di sekolah mereka bertindak sebagai orang yang mengawasi disiplin pelajar. insyaallah, semoga mereka menjadi orang yang lebih berdisiplin!

dan saya...
akan cuba untuk menjadi seorang guru yang baik untuk pelajar-pelajar. kerana saya sedar, betapa beratnya tanggungjawab seorang guru untuk mendidik akhlak pelajarnya supaya selari dengan kecemerlangan akademiknya...!!! memang sukar...sebab kalau tak, takkan ada pelajar tahfiz di sebuah kolej swasta di selangor yang di tahan berkhalwat dengan teman wanitanya yang juga seorang hafizah semasa malam sambutan tahun baru di kuantan....!!!masyaallah..

apa pun...
inilah proposal tesis saya untuk sem ni...
pembelajara akhlak islam di sekolah vs realiti akhlak pelajar!