dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

cikgu-cikgu masa sekolah rendah dulu....

ingat lagi tak siapakah insan yang pernah menjadi cikgu kita?saya sendiri ingat-ingat lupa nama-nama cikgu yang pernah menjadi cikgu saya.

kalau cikgu di sekolah rendah dulu,adalah beberapa orang cikgu yang saya masih ingat sampai sekarang...
-cikgu manisah: inilah cikgu yang paling saya suka!sebab cikgu ni baik sangat masa mengajar dalam kelas.saya ni jenis penakut dengan cikgu.tapi dengan cikgu manisah saya tak takut sebab cikgu ni baik sangat...!!!

cikgu zulkifli: inilah cikgu lelaki yang paling popular di sekolah.hensem,baik hati,mesra dengan pelajar.saya pun suka dengan cikgu zul..!dan kepopularan cikgu zul semakin bertambah bila cikgu zul di gosipkan dengan salah seorang cikgu perempuan di sekolah.heheheeeee...

cikgu maziah: sayang sangat kat cikgu maziah ni.sebab cikgu maziah ajar subjek bahasa melayu pemahaman dan penulisan.cikgu maziah selalu puji saya dalam kelas sebab karangan saya selalu dapat markah yang tertinggi...love u cikgu!

cikgu mariam: huhuhuuuu...saya paling takut dengan cikgu mariam sebab cikgu ni garang!semasa saya di darjah 2 dan 3,cikgu mariam ajar subjek matematik! saya selalu jea kena denda dengan cikgu mariam sebab tak siapkan kerja rumah matematik yang dia bagi...maaf cikgu!

cikgu jefri: tergolong dalam kategori cikgu yang popular di sekolah!istimewanya cikgu jefri nie sebab perfume yag dia pakai.cikgu jefri nie suka pakai minyak wangi...

cikgu azani: makkkkk...!!!inilah cikgu yang paling ditakuti di sekolah!cikgu displin,siapa yang tak takut.jangankan budak yang tak buat salah,budak yang baik macam saya ni pun takut dengan cikgu azani ni.dengar jea naman cikgu ni,memang kecut perut semua pelajar.dan sekolah saya selalu dapat anugerah zero disiplin sepanjang cikgu azani jadi guru disiplin di sekolah!tabik cikgu...!

cikgu yusof: cikgu yang sering dicalonkan sebagai cikgu favourite pelajar samada dikalangan pelajar lelaki mahu pun pelajar perempuan!saya pun tak tahu bagaimana nak menggambarkan karektar cikgu yusof ni,tapi apa pun...dialah cikgu yang terbaik!

No comments: