dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Main Nyanyi-nyanyi..

mungkin ini adalah antara gang-gang saya yang saya takkan lupa hingga ke akhir hayat saya!

kami ni memang sekepala! perangai tak makan saman, suka menyakat dan yang tak tahannya ada juga sedikit perangai "gila-gila" semasa di sekolah.

sekarang ni kawan saya ni ( yus ) sedang belajar di upsi. ambik pendidikan sejarah. kami kenal pun masa saya naik tingkatan 6 atas jea. baru kali pertama sekelas dengan dia tapi kami boleh jadi kamcing tak sampai sebulan! baru betul-betul sahabat.

alkisahnya, pihak sekolah ada buat perkampungan untuk setiap peperiksaan besar. kebetulan perkampungan untuk stpm sama dengan spm. dan kebetulan kedua pula ialah saya dipertanggungjawabkan sebagai penghuluwati perkampungan itu. terasa hairan juga kenapa saya yang dipilih?

ada satu kes, saya dengan kawan saya yus nie.dalam pukul 12.00 tengah malam. masa tu rasa memang dah boring sangat mengadap buku. konon-kononnya belajar ramai-ramai.hah..ambik..! sekelas studi group sama-sama! tapi masa tu memang seronok! kami main kuiz-kuiz dan sayalah yang jadi jurukuiznya. lawan dua kumpulan. memang gamat dalam kelas masa tu. siap dengan ada penyokong sekali. sampai saya terpaksa jadi hakim sekali untuk mengawal keadaan. penat betul..!

dah habis main kuiz-kuiz, dah tak tahu nak buat apa. jadi kami borak-borak jea. dalam satu team 23 orang. sebijik macam pasar jual ikan..dan entah tiba-tiba macam mana pulak mulut saya ni boleh terkeluar lagu jesnita kumpulan exist!

kawan-kawan yang lain mulalah pasang telinga. apa taknya itu adalah free show saya yang pertama untuk mereka...hahaaaa. sikit jea saya nyanyi lirik lagu tu.kat bahagian korus jea.

kemudian suasana mula senyap! tapi tiba yus pulak sambung lagu baru...alahaaaiii..main-main lagu pulak!

lepas tu, entah macam mana saya dengan yus bergabung suara buat free show. main nyanyi-nyanyi...! memang tak tahan..

dari lagu melayu, kami nyanyi lagu nasyid, kemudian lagu inggeris, kemudian lagu nasyid bahasa cina raihan. last-last kami nyanyi pulak lagu bollywood! memang gempak masa tu! kawan-kawan yang lain semua pakat gelak! hilang stress jugak lah masa tu! dah sehari suntuk mengadap buku!

habis lagu bollywood, yus mula ketuk meja...hah! kami mula berdikir barat pulak..!!! saya sendiri tak pasti pukul berapa kami habis buat show malam tu.

pagi esok...memang pucat lesi muka saya dengan yus! sebab orang-orang dakwah buat report kat cikgu yang kakak-kakak tingkatan 6 atas buat bising tengah malam. main nyanyi-nyanyi...huhuhuuuuuuuu.

last-last saya dengan yus kena panggil dengan cikgu. sempat saya cakap kat yus,

"redha jealah kalau cikgu nak marah pun...."

"ok..saya on jea..." balas yus.

tapi lain pulak yang jadinya. cikgu tak marah pun, tapi banyak tergelak bila kami ceritakan pasal free show kami malam tu. mungkin cikgu faham, kami stress..! tambahan pula cikgu tu adalah salah seorang cikgu yang kamceng dengan saya.terima kasih cikgu.

apa pun ,mungkin kerana bakat yang ada pada saya dan yus, pada hari terakhir perkampungan, kami telah diperintahkan untuk buat persembahan....dikir barat! alahaaiii....kan dah kena!

hmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita...

No comments: