dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Semuanya Salah Cikgu Ke...?

kadang-kadang saya kasihan melihat cikgu-cikgu zaman sekarang ni. banyak sangat halangan dan cabaran dalam melaksanakan tugas mereka sebagai cikgu. hinggakan kadang-kala saya sendiri pun takut untuk memegang title "cikgu" ni.

apa tidaknya, cikgu-cikgu zaman sekarang ni pantang buat salah sikit,dah kena marah. tersalah cubit pelajar pun dah kena saman. kalau keadaan macam ni berterusan,macam manalah para cikgu-cikgi ni nak menjalankan tugas mendidik? biasalah cubit-cubit ni.bak kata pepatah melayu lama...cubit-cubit sayang...!

mungkin ibubapa dan masyarakat tidak memahami tugas sebagai seorang cikgu! bukan sahaja kena mengajar tetapi mendidik sekali! yang tak tahannya, ada ibu bapa yang menyerahkan 100% tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah dan cikgu.tapi, kalau anak mereka buat salah. kalau cikgu-cikgu tegur perbuatan anak mereka...melenting pulak! kata nak suruh cikgu-cikgu didik anak mereka...biar jealah kalau anak mereka ditegur kalau dah buat salah. itulah proses tarbiah! kalau tak percaya pada cikgu sangat...didik sendiri anak-anak tu! bukan hendak melepaskan geram, tapi itulah yang berlaku zaman sekarang.

itulah rempah ratus yang terpaksa dihadapi takkala bergelar pendidik. pelajar dapat markah rendah pun, salah cikgu. pelajar buat salah pun, lagilah salah cikgu! jadi apa yang bukan salah cikgu...?

hmmmm...
(^_^)bilacikgubercerita...

No comments: