dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Boleh Ke Saya Ni Jadi Cikgu..?

boleh ke saya ni jadi cikgu? kadang-kadang petanyaan tersebut berlayar di gerbang minda saya. serasa saya,ilmu yang saya ada ini belum cukup untuk mendidik anak orang lain. sedangkan diri saya sendiri pun belum lai terdidik dengan sempurna.

boleh ke saya ni jadi cikgu? kadang-kadang timbul keraguan dalam diri saya sendiri.sudah cukup layakkah saya untuk bergelar pendidik? perasaan takut,bimbang,gusar dan keliru bermain-main di layar fikiran saya.entahlah,kadang-kadang rasa macam tidak yakin untuk dipanggil sebagai "cikgu".

terasa bagaikan mimpi takkala minda dan fikiran saya mula melangkah ke alam realiti.

"eh..!betul ke yang aku ni ambik kursus pendidikan...?"

bila pertanyaan itu terlontar di dalam hati. saya mula mencubit pipi.tak sakit!maknanya saya bukannya bermimpi..!! inilah realiti yang mana tidak lama lagi saya akan bergelar "cikgu"...!

rasa kerdil pula diri saya ni. yalah..saya sendiri tidak menyangka yang saya ni akan jadi guru. mana taknya, setiap kali ditanya oleh cikgu saya...

"haslinda,awak bercita-cita nak jadi apa bila dah besar...?"

dengan penuh bangga dan bersemangat saya menjawab: "saya nak jadi doktor, cikgu...!"

itulah angan-angan saya semasa kecil dahulu. nak jadi cikgu? sedikit pun tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. mungkin sebab dulu saya tak suka cikgu sebab ada cikgu yang garang,jadi disebabkan itu saya tak berminat nak jadi cikgu.

kalau cikgu garang,pelajar tak suka dan pelajar benci.jadi pada fikiran saya,kalau tak nak pelajar tak suka dan benci..jangan jadi cikgu...! itulah pemikiran budak-budak namanya...

mungkin sudah tersirat yang saya ini akan jadi cikgu! alhamdulillah...sesungguhnya ketentuan yang baik itu datang daripada-Nya. sebab, kalaulah difikir-fikirkan keadaan saya sepanjang persekolah dulu-dulu...langsung saya tak sangka yang saya ni bakal menjadi seorang guru..! itulah namanya rezeki...tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia....? siapa yang tahu kan....?

hmmmm....boleh ke saya ni jadi cikgu?
jawapannya...biarlah masa yang menentukannya...!

(^_^)bilacikgu bercerita....

No comments: