dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Friday, October 30, 2009

Anugerah Kelas Terbising..

memalukan betul. tapi itulah yang betul. memang kerap kali jugalah kelas saya mendapat anugerah kelas terbising, padahal kelas saya tu adalah kelas terpandai. huhuuuu...memang tak patut kalau kelas budak-budak pandai dapat anugerah "terhangat" tu...tapi kelas saya pernah dapat!

kenapa sampai boleh dapat anugerah kelas terbising tu? yalah, mana taknya, ada ketua kelas dengan penolong ketua kelas pun, macam tak ada! nak buat macam mana sebab ketua kelas dan penolong kelaslah yang memulakan
"kebisingan" dalam kelas! memang betul-betul tak boleh diharap!

saya pun tak tahu kenapa saya boleh dilantik sebagai penolong ketua kelas. berganding pulak dengan ketua kelas yang merupakan "musuh tradisional" saya. dari awal-awal lagi sejak tingkatan 1, saya dengan ketua kelas saya tu memang tak boleh berbaik. ada-ada jea benda yang tak kena antara kami! pendek kata, selalu jea tercetus provokasi antara saya dan dia. dahlah setiap tahun selalu jea satu kelas!

naik tingkatan 3, tak tahulah kenapa cikgu kelas saya tergerak hati untuk satukan kami sebagai ketua dan penolong ketua kelas. beria-ia saya tak nak sebab saya tahu keadaan akan jadi kacau bilau kalau saya dengan dia bekerjasama nanti. tapi cikgu kelas saya tetap cool, katanya;

"tak apa, cikgu yakin awak boleh buat..."

saya hanya terdiam. saya tahu mungkin saya dipilih kerana sikap yang saya tampilkan di sekolah! tegas dan agak sedikit garang! walaupun begitu, kadang-kadang perangai saya ni agak suka dikawal iaitu suka menyakat kawan!

maka dengan penuh keterpaksaan saya terpaksa menerima tanggungjawab yang telah diberikan oleh cikgu kelas saya itu dan di saat itu bermulalah pertembungan antara dua musuh yang memegang status sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas! memang gempak dalam kelas...!

kalau saya larang budak-budak lelaki buat bising dalam kelas, mereka memmang tak akan dengar arahan sebab ketua kelas yang jadi "tok dalang" buat bising. sama jugak bila ketua kelas larang budak perempuan bising dalam kelas, kami memang takkan ikut sebab saya sendiri yang mula-mula buat bising dalam kelas untuk korum budak perempuan! kan adil macam tu...!

kelas kami ni, pantang cikgu tak ada ke, pantang cikgu lambat masuk jea...mulalah suara pelajar-pelajar macam lebah. bising yang amat! tapi baik saya dan ketua kelas, kami buat tak tahu jea sebab kami pun turut menyumbang kepada kebisingan itu. nasib...nasib...!

pernah sekali kami semua satu kelas kena rotan kat pengetua sebab buat bising dan yang paling kuat kena rotan adalah ketua kelas dan penolong ketua kelas sebab buat bising sekali. pengawas pun turut kena sebab semua pengawas dalam kelas tu adalah gang-gang saya dan gang-gang ketua kelas! memang lengkap satu pakej! semuanya tak boleh diharap..!

tapi lepas kena rotan tu, bukannya nak insaf! buat balik perangai lama...dalam sehari dua senyaplah kelas kami tu, tapi lepas tu jadi macam pasar balik! jual ikan jual sayur jual buah...!!!

cikgu kelas saya mengeleng kepala!kenapalah kelas dia boleh jadi teruk macam tu sekali? memanglah diakui yang kami ni suka buat bising tapi dalam diam-diam kami ni sebenarnya ayam tambatan sekolah dan juga boleh dikatakan pelajar kesayangan cikgu-cikgu dan pengetua! yalah, nak buat macam mana dalam peperiksaan pmru, boleh dikatakan result yang kami dapat secara keseluruhan membolehkan sekolah saya ni merangkul beberapa anugerah. dan yang terpenting sekali ialah anugerah sekolah terbaik bantuan kerajaan negeri kelantan! itu pun untuk result percubaan...result sebenar..lagilah mantap! tapi yang tu semasa tingkatan 2. masuk tingkatan 3, memang kecemerlangan kami terserlah....mungkin sebab tu, cikgu dan pengetua kurang ambil berat sangat dengan sikap kami! budak-budak..biasalah, perangai nakal tetap ada walaupun dikategorikan sebagai pelajar pandai..! itulah kami!

namun, apa pun kelas terbisng tetap sinonim dengan kelas saya! sampai ada cukgu yang tanya;

"kelas tu tak ada ketua kelas atau penolong ketua kelas ke? selalu jea bising...?"

heheheeee....nak tergelak saya dengar sebab ketua kelas dan penolong ketua kelaslah yang jadi kepala buat bisng...!

dan semasa nak ambil piala untuk anugerah kelas terbising semasa di perhimpunan sekolah, saya dan ketua kelas masin-masing buat macam muka tak bersalah...! selamba jea keluar kat depan terima anugerah "terhebat" tu...

bila teringat balik, terasa lucu pulak! macam-macam perangai masa belajar kat sekolah dulu. tapi sekarang ni saya dah buat gencatan senjata dengan ketua kelas saya tu! dah berdamai. masing-masing pun insaf! dah tak nak buat bising lagi...

semasa kami berjumpa di majlis jamuan hari raya kat sekolah, dia pernah cakap;

"kita ni bakal nak jadi cikgu, kadang-kadang saya terfikir jugak nanti kot-kot dapat pelajar yang suka buat bising macam saya. awak pun sama...!masak macam ni..!"

amboi-amboi, sempat lagi dia mengenakan saya tapi betul jugak apa yang ex-ketua kelas tu cakap..kan what you do you get back...?!!

alamakkkk.....!!!
tak nak...!!!

hmmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: