dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Kalau Boleh Undur Balik...

takkala kaki menjejak masuk ke universiti,memang terasa sangat kelainannnya. masakan tidak, dengan suasananya yang serba gah.persekitaran yang cantik! sungguh terasa diri ini terapung di awang-awangan.

lewat waktu telah saya susuri dengan meninggalkan jejak-jejak alam persekolah lampau.bila terkenang bailk,perasaan sayu dan syahdu menerjah ke dalam relung hati. tambahan pula bile melihat pelajar memakai pakaian seragam sekolah. lagilah menggunung kerinduan terhadap suasana persekolah dulu.

semasa di alam persekolahan. saya ni sering mengeluh, bila lah nak habis pembelajaran di sekolah? sudah jemu dan jenuh mengadap buku dan berulang alik ke sekolah setiap hari! ketika itu, hanya gamitan bayangan universiti yang terakam di minda! tak sabar rasanya hendak bergelar pelajar universiti! dah jenuh dengan gelaran pelajar sekolah..!

namun, takkala semua itu saya tinggalkan, kerinduan pula mula menggamit kenangan. teringin pula hendak belajar kembali di sekolah! rindu dengan celoteh kawan-kawan. rindu dengan leteran cikgu-cikgu dan juga bunyi loceng yang membingitkan telinga. terasa rindu pula untuk melalui semula kenangan itu!

suasana di universiti terasa amat berbeza di sekolah. masing-masing lebih suka buat hal sendiri. bukan bermaksud kehidupan di universiti ini sepi tanpa kawan tapi sesungguhnya hidup di universiti ini segala-galanya bergangung kepada diri kita sendiri.

takkala itu,lantas saya teringat suasana di sekolah. sementelah pula saya ni merupakan pelajar yang agak peramah dengan guru-guru. bagaikan terakam kembali kenangan melepak di bilik guru ketika waktu rehat. makan di kantin dengan cikgu..ahh, rindunya saat-saat itu!

namun, saya akur. kehidupan seorang manusia akan mengalami fasa perubahan dan peralihan yang tidak dapat dielakkan....

saat ini, saya teringat kata-kata seorang teman....
" kita memang tidak boleh mengulang kembali kenangan yang telah berlalu, namun walau pun begitu, sebenarnya masih ada ruanga untuk kita mencipta kenangan baru...."

mungkin saya akan mencipta kenangan baru bersama-sama dengan bakal pelajar saya nanti...

hmmmmm...
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: