dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Pendidikan Islam kat UKM..?

ramai yang tak sangka dan saya sendiri pun tak sangka yang saya akan ambil jurusan pendidikan islam di ukm. guru-guru sekolah saya apatah lagi.

sementelah pula semasa di tingkatan 6 atas, bersemangat saya beritahu cikgu-cikgu kalau ada rezeki saya nak masuk upsi! cikgu-cikgu saya apatah, bersemangat mereka bagi galakan pada saya. yalah, siapa yang tak nak ke upsi? itukan universiti pendidikan. bak kata pepatah, kalau masuk upsi, memang dah terjamin masa depan! tapi sebenarnya rezeki itu allah yang tentukan, asal kita pandai cari jalan...kan?

kawan-kawan sekelas saya memang dah tahu cit-cita saya nak masuk upsi. nak ambik pendidikan sejarah. serius, saya memang minat sangat-sangat dengan subjek sejarah. bukan nka membangga diri, tapi kalau dalam kelas, saya ni diibaratkan sebagai pakar rujuk dalam bidang sejarah. sampaikan kalau cikgu atiah ( cikgu sejarah ) tanya soalan pada kawan-kawan saya yang lain, beliau akan minta pengesahan jawapan daripada saya...alahai cikgu!

tpi, betullah juga kata pepatah, manusia merancang allah yang menentukan! masa nak isi borang kemasukan ke universiti, fikiran saya mula berbolak-balik! alamak..kalau sebelum isi borang, memang dah niat dalam hati yang first choice saya nak isi upsi pendidikan sejarah.

tapi, masa nak isi borang tu. hati saya mula berubah! mungkin berkat doa ibu saya. sebab ibu saya pernah cakap.

" ma suka sangat sebab sorang anak orang panggil "cikgu"..nanti yang sorang lagi orang akan panggil "ustazah"..."

terpinga-pinga bila saya dengar mak saya cakap macam tu. mungkin secara berkias mak saya beritahu kalau boleh dia nak saya teruskan pengajian saya di universiti sama dengan pengajian saya di sekolah. teruskan pengajian dalam bidang agama juga. mana yaknya kerana sayalah satu-satunya waris dalam keluarga saya yang belajar dalam bidang agama. sebab itu harapan terhadap saya terlalu tinggi.

tapi, walaupun saya ni agak teruja nak masuk upsi, kadang-kadang tu saya terfikir juga, boleh ke saya tinggalkan bidang pengajian yang dah sebati dalam diri saya selama ni? boleh ke saya beralih angin? macam-macam benda bermain-main di fikiran saya.

namun, akhirnya dengan lafaz bismillah, saya isi pilihan pertama saya adalah pendidikan islam ukm. alhamdulillah...

walaupun keputusan saya itu sedikit sebanyak agak mengejutkan cikgu-cikgu di sekolah terutama sekali cikgu atiah, namun mereka terpaks akur dengan pilihan saya.

ada juga cikgu-cikgu tanya,

" kenapa awak berubah fikiran di saat-saat akhir..?"

termenung saya seketika. sebab sebenarnya saya tiada jawapan untuk pertanyaan cikgu saya itu. maaf cikgu. akhirnya saya hanya mampu tersenyum dan berkata,

" ikut gerak hati, cikgu.."

dan kawan-kawan saya, hanya mengiyakan sahaja pemilihan saya itu. tapi mereka sempat berkata,

"nanti bila dah jadi "ustazah" tu, jangan pulak ajar perangai "nakal" pada pelajar.."

saya hanya tergelak sahaja. masakan tidak, pelajar yang suka kacau orang ni akan jadi seorang cikgu yang bergelar ustazah...! insyaallah...

namun, apa pun semasa diinterview di husm kubang kerian, sempat pula seorang penemuduga berkata kepada saya,

" awak nak tak kalau saya tukar pilihan awak ni untuk ambik course undang-undang di uia, sebab saya tengok result subjek sejarah awak memang mantap! dari pmr hinga stpm dapat A penuh..."

tapi dalam hati saya berkata,

"pendidikan islam jugak....."

hmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita......

No comments: