dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Saturday, October 31, 2009

Intai Cikgu..!!!

tak pernah dibuat orang perangai macam ni! tapi saya and the gang pernah buat kerja macam ni. tapi kami bukannya buat apa! cume mengintai atau mengintip cikgu tengah mesyuarat jea! alahaaiii..

kebetulan masa tu cikgu tak ada dalam kelas sebab semua cikgu ada mesyuarat dengan pengetua kat bilik mesyuarat.jadi, para pengawaslah yang ambil kuasa kawal kawasan sekolah! mase tulah kalau mereka nak tunjuk eksyen sikit..!

dan kelas saya, macam biasalah. semua budaknya baik-baik belaka! senyap dan sunyi sebab waktu tu ramai yang tidur! tapi saya, lain pulak kerjanya. dalam diam-diam saya keluar kelas, pergi merayap. masa tu saya keluar kelas sorang-sorang jea. gang-gang saya tak keluar lagi sebab mereka tak ada kad kuasa! saya ada kad kuasa penolong ketua kelas...jadi pengawas tak halanglah kalau nak keluar kelas! alasannya? ada kerja..salah guna kuasa sikit! heheheee...

kemudian saya lalu kat bilik mesyuarat. entahlah, tak tahu kenapa tiba-tiba jea saya rasa teringin sangat nak tahu apa yang semua cikgu-cikgu bincang dalam mesyurat! yalah, sebagai pelajar saya ni kena bersikap prihatin dengan keadaan sekolah1

lepas tu saya masuk kelas. saya kejutkan gang-gang saya yang sedang tidur! punyalah susah mereka tu nak sedar.

"bangunlah..ada projek sikit nak buat!"

terpinga-pinga kawan saya sekejap!

"projek apa pulak ni?"

saya hanya tersengih! melihat senyuman di wajah saya. kawan saya pantas mengelengkan kepala. mesti ada hal yang saya nak buat! saya ajak sorang jea kawan untuk ikut saya! yalah...nak buat kerja macam ni punya bahaya, tak boleh banyak orang! lagi bahaya..!

"jom kita pergi dengar cikgu meting pasal apa...!"

terkejut kawan saya. mungkin dia terfikir kenapalah saya ni terlebih prihatin pulak hari tu.

akhirnya, misi pun bermula...saya pergi kat belakang kawasan sekolah.kebetulan bilik mesyuarat cikgu berada di bahagian bawah, jadi senanglah sikit nak buat kerja intipan..!heheheee...

dari luar, sayup-sayup saya dengar suara cikgu-cikgu bercakap dalam bilik tu. suara pengetua pun saya dengar jugak! tapi pokok pangkal isi perbualan mereka saya tak berapa nak faham sangat. sekadar dengar jea lah..

kawan saya hanya mengikut jea. saya suruh dengar, dia dengar itulah kawan yang baik..kan?!!

tapi, saya rasa tak puas hati sebab tak boleh tengok muka cikgu-cikgu tengah meting. jadi tanpa disangka-sangak saya cuba nak bukak tingkap kaca bilik mesyuarat tu! punyalah berani...kawan saya dah larang, tapi saya buat tak endah jea!

dan mungkin kerana tersilap langkah, saya rasa cermin tingkap tu macam nak jatuh! alamak..pucat lesi muka saya..kemudian..prangggggggg...jatuh berkecai cermin tingkap tu!

saya dan kawan saya bukak langkah seribu, lari dari situ! kami tak sengaja...huhuuuuu. sebab kebetulan cermin tingkap tu memang dah senget nak jatuh! cikgu memang larang pegang cermin tu..tapi saya pulak pergi pegang! alamatnya..jatuh berkecailah jawabnya....huhuuuuu.

kami buat muka cool jea masa masuk kelas. bila mesyuarat dah habis. cikgu kelas saya masuk. kemudian dia cakap;

"masa tengah meting tadi, cermin tingkap jatuh! habis semua cikgu terkejut! pengetua pun mulalah berleterlah sebab cermin yang rosak tu tak ganti-ganti lagi..."

saya dan kawan saya diam tak terkata! pucat pun ada kot-kot ada pelajar lain yang tahu kami pergi intai cikgu bermesyuarat kat situ!

tapi rupanya ada hikmah jugak saya pergi buat intipan tu sebab lepas peristiwa tu cikgu bahagian teknikal terus ganti cermin-cermin tingkap yang uzur dah rosak dengan yang baru. kata pengetua, itu untuk keselamatan pelajar. yalah, kalau tiba-tiba jea cermin tu jatuh atas kepala pelajar...siapa yang nak jawab..???

heheheheeee....
dan tiba-tiba saya terfikir, kalaulah cermin tu jatuh atas kepala saya? macam manalah gamaknya...?

hmmmmm...
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: