dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Ayah Eil..

semasa saya belajar di bustanus saa'dah dahulu dari peralihan hingga tingkatan 3, saya amat rapat sangat dengan seorang ustaz saya. nama ustaz tu ialah ustaz ismail tapi saya dan beberapa orang kawan saya panggil ustaz tu "ayah eil.."..

ustaz tu baik sangat-sangat! dia ajar subjek nahu soraf dan balaghah. yang bestnya pasal ayah eil ialah dia tak suka marah pelajar.kalau pelajar buat bising masa dia mengajar atau pelajar tak ambil perhatian semasa dia tengah mengajar, ayah eil akan suruh pelajar tu bangun dan jawab soalaan. kalau tak dapat jawab, berdirilah sampai habis waktu!

kebetulan anak ayah eil pun belajar di situ jugak. anak lelaki. tapi saya dengan anak dia tak berapa sangat sangat sebab dia seorang yang sangat pendiam dan pemalu sedangkan saya ni agak banyak mulut. lagi satu sebab saya dengan anaknya dia selalu jea tak sependapat! sebab tu kami jarang berkomunikasi.

apa yang paling best pasal ayah eil ni ialah, dia selalu ajak saya dan kawan-kawan makan di rumah dia kalau kami ada kelas tambahan selepas habis sesi persekolahan. pada awalnya, saya dan kawan-kawan yang lain agak keberatan juga menerima pelawaan ayah eil, tapi melihatkan dia bersungguh-sungguh mengajak kami, jadi terpaksalah pergi, walaupun dalam hati memang nak pergi...hahahahaaaaa!

ayah eil tak suka marah pelajar sebab itu dia adalah antara cikgu yang disayangi oleh pelajar...sayang ayah eil..!

sekarang ni pun, saya masih lagi berhubung dengan ayah eil. kerap jugak lah saya telefon ayah eil untuk bertanyakan khabar dia.sementelah sekarang dia dalam keadaan uzur. mungkin kudrat dulu tidak sekuat sekarang! apa pun, saya sentiasa mendoakan kesihatan ayah eil...

hmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: