dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Saturday, November 7, 2009

Psiko Budak Sekolah

hari nie..semasa saya dalam perjalanan pergi ke cafe, saya terserempak dengan sekumpulan pelajar sekolah rendah. mereka ada program kat sini....

bukan main seronok tengok mereka ramai-ramai berjalan dalm kelompok kumpulan masing-masing.muka pun nampak comel dan manja-manja belaka...cute betul adik-adik tu semua..

yang lucunya, ada yang jalan dalam barisan sambil tangan mereka diletakkan di atas bahu kawan mereka yang berdiri di hadapan...bagus betul disiplin adik-adik nie...!

gamaknya, kalaulah budak sekolah menengah di suruh buat macam tu...simpang malaikat empat puluh empat..mahunya mereka tak ikut!huh...pasti dikata mereka treat macam budak-budak...!!hmmm..mentang-mentanglah sudah besar kan...?

memang lah betul..kalau budak-budak bolehlah disuruh buat macam tu...tapi tak sesuailah untuk pelajar-pelajar di sekolah menengah!nak treat pelajar...kena ikut situasi dan keadaan...serta adaptasi persekitaran yang sesuai...barulah betul dan pelajar-pelajar boleh menerima setiap arahan yang diberikan kepada mereka tu....gaya budak-budak dengan gaya orang dewasa...itu lain....

sama jugak kalau hendak menegur pelajar-pelajar di sekolah.kalau budak sekolah rendah...senanglah kerja...budak..mereka hanya tahu menerima dan mengikut jea...namun, lain senario di sekolah menengah...pelajar-pelajar pantang diri mereka ditegur guru...

"apa hak cikgu nak tegur-tegur saya nie...? mak bapak saya tak pernah pun menyibuk pasal saya...?saya jea yang menyibuk tak tentu pasal...?!!"

"lantaklah cikgulah bak cakap apa pun...saya tak rugi satu sen pun...buat penat air liur cikgu jea bagi nasihat kat saya...saya tahulah nak jaga diri saya..."

"yang cikgu sibuk-sibuk nie kenapa..?tak perlu cikgu nak bagi nasihat kat saya...saya dah besar cikgu...."

alahaiiii.....gamaknya, apa yang si cikgu tu akan buat kalau pelajar cakap macam tu..?
-diam jea..?
-sound balik pelajar tu..?
-bagi hukuman yang berat sebab biadap dengan cikgu...?
-lapor kat cikgu disiplin...?
-panggil mak bapak budak tu datang sekolah sebab anak mereka kurang ajar terhadap cikgu..?
-hantar pelajar tu kat unit kaunseling....?
-atau..............................................................................................

macam-macam tindakan yang kita terfikir untuk buat...

tapi pernahkan kita terfikir bahawa, adakah tindakan itu akan mengubah sikap dan kelakuan pelajar tadi...?

jadi...fikir-fikirkan dan selamat beramal.....