dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Saturday, October 31, 2009

Garang: Sinonim Dengan Cikgu Perempuan..?

adakah ini benar atau sekadar suatu pandangan yang retorik atau bersifat stereotaip sahaja? jenuh saya memikirkan hal ini. samada betul atau tidak, sebenarnya kita semua ada jawapannya...

tengok sahaja cikgu-cikgu kita di sekolah dulu? macam mana sikap mereka? baik cikgu lelaki atau cikgu perempuan, adakah sama tingkah mereka? kita semua ada jawapannya...

-adakah cikgu perempuan lebih garang daripada cikgu lelaki?
-adakah cikgu lelaki lebih garang daripada cikgu perempuan?
-adakah cikgu lelaki dan cikgu perempuan,kedua-duanya sama-sama garang?

memang diakui bahawa ketiga-tiga persoalan di atas kemungkinan ada di sekolah. namun, kenapa agaknya...kalau disebut perkataan "garang"...ironinya pasti akan terbayang gambaran wajah cikgu perempuan? saya tak kata orang lain, saya hanya kata pendapat saya, sebab kalau sebaut jea garang...saya pasti akan teringat cikgu perempuan...

atau mungkin penggunaan istilah "garang" itu sendiri memang sinonim dengan cikgu perempuan? kalau cikgu lelaki, mungkin kena guna istilah "baran"....mungkin juga kan? sebab mungkin ramai yang tak tahu bahawa setiap perkataan itu terkandung "emosi" dan "perasaan" yang tersendiri. sebab itu ada perkataan yang memang sesuai untuk digunakan oleh semua gender lelaki dan perempuan dan begitulah sebaliknya. macam perkataan "cantik"...sesuai ke digunakan untuk lelaki? ish...mintak dijauhkan...!

kalau di sekolah dulu, memang la saya perhatikan cikgu-cikgu perempuan ni ada yang agak sedikit garang. tapi tak semuanya begitu. ramai juga cikgu-cikgu perempuan yang baik dan peramah serta tak mudah melenting! tapi cikgu lelaki pun apa kurangnya..ramai juga yang garang...!opss...baran...heheeeee...! tambah-tambah cikgu displin..lagilah..!tak begitu..?

terkadang hairan juga kenapa garang ini sinonom dengan ckgu perempuan? hmmmm....kan orang perempuan ni banyak emosinya, sepatutnya mana boleh garang-garang, kena baik selalu. tapi itulah, mungkin kerana orang perempuan ni terlebih emosilah yang menyebabkan timbulnya sifat garang itu. sesuai dengan kata pepatah: sarang lebah jangan dijolok! kalau dijolok, cari nahas tu..! tak pasal-pasal kena sengat walaupun diakui bahawa lebah sarang lebah itu ada madu. tapi kenapa hendak dijolok sarangnya..? kalau nak ambil madu, ambil dengan cara elok-elok...tak begitu?

sama jugalah dengan cikgu perempuan! orang-orang perempuan yang bergelar cikgu ni semuanya ada sikap dan tingkah yang penuh dengan kelembutan, kasih sayang dan kecintaan...tapi jangan sekali dicabar sikap mereka itu. kalau tidak, maka akan terhasillah sikap garang cikgu perempuan! kan orang perempuan ni mudah sekali beremosi? jadi jangan sekali-kali dijentik emosi mereka! nanti kalau meletup, susah nak kawal...!

hah...! jadi salah ke kalau cikgu-cikgu ni ada sikap garang? saya teringat yang adik bongsu saya pernah cakap;

"tak sukalah dengan cikgu kurang kasih sayang ni..!"

terkejut saya dengar adik saya cakap macam tu. cikgu kurang kasih sayang? entahlah, saya pun tak faham kenapa dia cakap macam tu. saya tanya dia kembali;

"cikgu mana tu?"

"cikgu adik yang ajar bi.teacher! garang sangat! ramai budak ponteng kelas dia kalau masa dia mengajar..."

"hmmm...garang sangat ke teacher tu?" tanya saya kembali.

"garang...! tak seronok la belajar dengan cikgu tu. dengan sir lagi seronok! teacher selalu garang dalam kelas.."

"kenapa techer selalu garang? sir tak selalu garang ke"

"sebab masa teacher mengajar budak-budak banyak main.tak buat kerja sekolah.."

"dah tak buat kerja rumah, mestilah teacher garang"

"tapi adik buat kerja rumah. orang lain yang tak buat..."

"hmmmmmm....."

alahaaaiii...tengok? teacher dengan sir yang ajar subjek sama pun para pelajar boleh buat bandingan siapa yang garang dan siapa yang tak garang! tapi tak boleh salahkan techer atau sir...dah tak siapkan kerja sekolah, mestilah cikgu marah kan...? dan satu pengajaran yang saya dapat di sini ialah, nak garang mesti bertempat. jangan sebab marahkan nyamuk, dibakarnya kelambu. nanti langsung tak ada kelambu, lagi banyak nyamuk yang datang mengganggu..! fikir-fikirkan dan selamat beramal...

tapi apa pun, sebenarnya garang cikgu itu ada sebabnya. saya sendiri akui, saya memang tak suka dengan cikgu-cikgu yang garang, tak kisahlah cikgu lelaki ke atau cikgu perempuan, sebabnya kita tak suka dimarahi. tapi bila semakin dewasa saya sendiri akui bahawa garang cikgu itu sebab hendak memandaikan kita! dan yang penting sebab hendak mendisiplinkan kita supaya menjadi orang yang berjaya.

satu soalan: cikgu marah tak pada pelajar yang selalu jea siapkan kerja sekolah yang diberi..? tak kan..? tapi kalau pelajar yang tak siapkan kerja sekolah, rasanya berapi leteran yang keluar dari mulut cikgu tu..betul kan..? itu sebab cikgu-cikgu hendak pelajar dia jadi pelajar yang berdisiplin. nak berjaya bukannya mudah tapi senang jea kalau tahu kaedah...!

jadi...
adakah patut cikgu mana yang garang menjadi persoalan tanpa kita selidiki dulu kenapa cikgu itu garang..? setiap manusia ada singa dalam diri masing-masing. cuma ada yang menyembunyikan singa itu dan ada yang mengeluarkan singa itu dari diri mereka....

apa pun, segarng-garang cikgu perempuan, mereka tetap ibu kita di sekolah! tanda marah seorang ibu adalah tanda kasih terhadap anaknya...? betul kan....? dan setegas-tegas cikgu lelaki di sekolah adalah tanda rasa tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka...faham kan..?

hmmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita....

No comments: