dan kata-katamu menjadi hikmat.jadilah apa jua pun di penghujung akhir perjuanganmu.namun,panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat hingga ke akhir hayat....

Dialah Cikgu

"...Tidak ada pelajar yang akan memperolehi pengetahuan atau mendapat faedah dari pengetahuan yang diperolehinya melainkan dia menghormati pengetahuan dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan..." (al-Zurjani)

......CIKGU.....

(@_^)...Terima Kasih Cikgu...(@_^)

Thursday, October 29, 2009

Guru Kaunseling Sekolah..

Munirah baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia begitu bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Munirah cuba mendekati pelajar tersebut dan bertanya apakah dia ada mengalami masalah. Namun begitu, pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Munirah berlalu meninggalkannya, tapi masih merasakan ada yang tidak kena dengan perlajar tersebut.
Beberapa minit kemudian Munirah memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Namun tumpuan pelajar tersebut tidak lari dari kawan-kawannya di tengah padang. Munirah kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah dan mungkin segan untuk memberitahunya. Mungkin juga dia disisihkan oleh kawan- kawannya yang lain.

Sebagai seorang guru kaunseling yang telah terlatih, sekali lagi Munirah mendekati pelajar itu dan berkata dengan penuh kelembutan.

Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?

Pelajar itu menjawab..
Okey.. boleh saja !

Merasakan bahawa pendekatannya berhasil Munirah bertanya lagi..
Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini sedangkan kawan-kawan kamu berlari ke sana sini mengejar bola?

“Saya adalah penjaga gol! “ Jawab pelajar tersebut kehairanan…

Ehem....Munirah hanya mampu tersengih!

hmmmmm....
(^_^)bilacikgubercerita...

No comments: